Hebatnya solat sunat Dhuha

Assalamualaikum wbt. Hari ini saya ingin berkongsi dengan satu solat sunat yang hebat ini. Solat sunat dhuha ini merupakan solat yang digalakkan untuk kita. Bermula dengan jarang-jarang, sekarang sudah menjadi rutin. Jika ditinggalkan solat sunat ini terasa tidak lengkap pada hari itu

solat dhuha

Solat sunat ini dilakukan selepas 30 minit waktu naik matahari atau waktu imsak dan sebelum masuk waktu zohor. Selepas habis belajar ijazah, saya mula mencari kerja. Pada waktu itu terasa sukar untuk mendapatkan kerja yang baik. Daripada itu saya mula mengamalkan solat sunat ini. Alhamdulillah saya telah mendapat kerja, agak teruja gaji pertama saya peroleh

Daripada itu saya mula culas melaksanakan solat sunat ini. Sehinggalah saya berjumpa rakan sekerja yang juga mempunyai pendapatan sampingan agak lumayan. Saya selalu memerhatikan setiap pagi beliau akan melakukan solat sunat. Daripada itu ia menjadi sumber inspirasi kepada saya.

Banyak perkara yang saya perolehi atau keputusan yang dibuat, ianya mesti menyebelahi saya dan tidak disangka-sangka. Dengan kata lain hari-hari penuh diberkati jika melakukan solat sunat ini.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah mendapat jam tangan tag heuer bernilai RM3000 lebih. Ia berpunca daripada promosi Celcom pada masa tersebut, yang menawarkan kepada pengguna bertuah sahaja

Keputusan atau sesuatu perkara selalu datang kepada saya yang memang tidak disangkan. Alhamdulillah dengan solat sunat ini kita sentiasa diberkati. Anda boleh cuba hari ini untuk melihat kebenarannya. ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s