Download youtube dengan mudah

Assalamualaikum wbt.. Hari ini saya ingin berkongsi cara mudah untuk memuat naik video di youtube.

langkah 1

Buka www.youtube.com dan pilih video yang anda ingin download. Klik video tersebut dan alamat akan muncul di bahagian atas. Contoh alamat seperti di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=ZLM9ueidQpk”

langkah 2

Kemudian anda pergi di bahagian alamat tadi, buang “ube” di alamat tadi, kemudia klik Enter. Anda akan dibawa ke laman web khas seperti di bawah

yout

Langkah 3

Klik bahagian MP4(Video), kemudian Klik bahagian Record MP3. Video ini akan download terus ke laptop/pc anda. Selamat mencuba!

 

 

 

 

Advertisements

Hebatnya solat sunat Dhuha

Assalamualaikum wbt. Hari ini saya ingin berkongsi dengan satu solat sunat yang hebat ini. Solat sunat dhuha ini merupakan solat yang digalakkan untuk kita. Bermula dengan jarang-jarang, sekarang sudah menjadi rutin. Jika ditinggalkan solat sunat ini terasa tidak lengkap pada hari itu

solat dhuha

Solat sunat ini dilakukan selepas 30 minit waktu naik matahari atau waktu imsak dan sebelum masuk waktu zohor. Selepas habis belajar ijazah, saya mula mencari kerja. Pada waktu itu terasa sukar untuk mendapatkan kerja yang baik. Daripada itu saya mula mengamalkan solat sunat ini. Alhamdulillah saya telah mendapat kerja, agak teruja gaji pertama saya peroleh

Daripada itu saya mula culas melaksanakan solat sunat ini. Sehinggalah saya berjumpa rakan sekerja yang juga mempunyai pendapatan sampingan agak lumayan. Saya selalu memerhatikan setiap pagi beliau akan melakukan solat sunat. Daripada itu ia menjadi sumber inspirasi kepada saya.

Banyak perkara yang saya perolehi atau keputusan yang dibuat, ianya mesti menyebelahi saya dan tidak disangka-sangka. Dengan kata lain hari-hari penuh diberkati jika melakukan solat sunat ini.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah mendapat jam tangan tag heuer bernilai RM3000 lebih. Ia berpunca daripada promosi Celcom pada masa tersebut, yang menawarkan kepada pengguna bertuah sahaja

Keputusan atau sesuatu perkara selalu datang kepada saya yang memang tidak disangkan. Alhamdulillah dengan solat sunat ini kita sentiasa diberkati. Anda boleh cuba hari ini untuk melihat kebenarannya. ALHAMDULILLAH YA ALLAH